SUDAH lama tak update fp saya ini.
Terlebih dahulu saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada suami yang dicintai.
Saya akan terus berada disampingmu. Saya akan terus berdoa supaya abang sihat selamanya dan dapat terus menemani, membimbing saya sehingga ke akhir hayat saya kelak.
AMIN.
Bukanlah sibuk sangat atau apa-apa tetapi sejak seminggu dua ini banyak kerja, banyak berjalan dan banyak agenda yang berkaitan dengan jiran, saudara-mara dan anak-anak yang kena turut serta.
Hendak mencari peluang duduk mengadap komputer lama sikit tidak kesampaian.
Barubaru ini Cinta baru beli "ATOM' dan pada peringkat awalnya saya tidak menyukainya kerana saiznya kecil.
Lama kelamaan jadi serasi pulak.
Cinta belikannya untuk saya bagi menggantikan M-Life yang tiada spare-part.
Tk suamiku tersayang.
Quote:
Kamu sering mendahului keperluan saya.
Saya sedar keletihan cinta bila balik dari sekolah. Maklumlah sudah menjelang akhir tahun.
Cinta kata banyak laporan kena hantar ke PPD. Banyak fail kena kemas kini.
Namun cinta tidak jemu mengutamakan kebajikan sekolah/staff dia. Macam-macam aktiviti ada di dalam kepala dia. Kekadang tertanya-tanya "tak letih ka ?"
turut ke PANTAI MERDEKA - hari keluarga Sek Keb Badang
laksa tak leh tinggal
saja ajak angah dan fazilah pi sama
kepada ALLAH saya memohon keampunan.
kepada suami-terima kasih kerana terus menyintai saya.
ALLAH TAHU
pas ni akan upload ngan ATOM lak...tapi gambag dalam ltop suami. Selalu suami rungut upload gmbr tak habag dulu....LUMIX dah g amik kat ANGAH bebaru nih....