Want your
own Fotopage?







 
aishah's FotoPage

By: aishah zain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-May-2009 01:53 Email | Share | | Bookmark
macam-macam DAH BERLAKU

skut
CINTA ajak saya pi Gua Tempurung, ikut rombongan sekolahnya.
Kebetulan Amad boleh balik dan saya bawa bersama.
Walaupun kami sibuk dok uruskan hal anak nak menikah tetapi cinta ada prinsip dengan
kerja sekolah dia. Kami memang separuh hati nak pergi ke GUA TEMPURUNG memandangkan
kami memang mencari hari terluang untuk selesaikan keperluan kenduri.
Saya akur dengan CINTA hati saya.
Jom kita pi..........


parang pusaka.....
sering dibawa CINTA ke mana sahaja. Tambah pula dok kat sini menjadi penting sebab kami
sering keluar masuk UT diwaktu malam.
Pokok tumbang, binatang hutan, mungkin SYAITAN____berupa manusia.



NorAlia.
anak kawan sekolah saya.

Kebetulan kat sekolah ada program PERKHEMAHAN



dah laa kot.....ngantuk
CINTA dah gedebum tadi. Saja cek ltop nih rupanya dia dah edit gambar perkhemahan.
150am

pandai kak edit lawa ....
rajin2 singgah lah ke fp saya
http://zaxlroses.fotopages.com
sertakan link anda semasa komen
Tue 5-May-2009 06:29
Posted by:zaxlroses zaxl_81@yahoo.com.my  - [Link]
REPLY TO ZAXLROSE...sedim
saya dah lama tak guna kamera sejak di UT.
edit gambar lagi laaa.
Semua gambar ni dirakam/edit oleh suami saya, seorang jurufoto sambilan.
Masuk laman web suami http://mfouzi.fotopages.com
Wed 6-May-2009 00:30
Posted by:kshah
ada style laaa gambar yang dipamerkan. Fri 8-May-2009 22:45
Posted by:blue boy
Add comment


Friday, 24-Apr-2009 23:02 Email | Share | | Bookmark
DIUJI ALLAH

lumix yang berselerak
Saya tergamam bila suami bagitau yang rumah di Alor Setar dimasuki pencuri.
Masa tu 21 APRIL 2009 5.30pm dok di Ulu Legong, rumah bapa kepada kawan Shiham.
Memanggil kenduri.
Seorang jiran telah menelefon cinta dan memaklumkan apa yang berlaku.
Cinta sedari awal memang tenang dan meneruskan perbualan.
Dari ayat perbualan yang saya dengar saya sudah syaki sesuatu yang tak elok
telah berlaku tetapi cinta masih tenang.
Bila sudah di dalam kereta baru lah cinta menceritakan yang rumah dimasuki
pencuri. Masing-masing senyap sat sehinggalah keluar dari simpang
ULU LEGONG HOT SPRING.
Saya berterima kasih kepada ALLAH kerana mengurniakan seorang suami yang
tenang dan tahu apa yang dia nak buat. Kalau saya yang terima berita tu
sudah tentu akan menjeritsekuat hati.
Saya telefon anak kedua ceritakan apa yang berlaku dan suruh dia balik ke Astar.
Dia balik.




Cinta seperti selalu akan bercerita kepada saya bila berada di dalam kereta.
Kadang-kadang berceramah.
Dia berkata" Allah sering bagi ujian/kepayahan dengan dengan sebab tersendiri "
Kadang-kadang ujian berkenaan adalah untuk memudahkan kita mati nanti.
Kadang-kadang ujian itu adalah untuk meringankan bebanan dimasa akan datang.
Yang kita tidak ketahui.
Saya hanya mendengar dengan separuh hati kerana fikiran dan perasaan saya berada di TB.
Sampai di GURUN kami singgah solat dulu.

25 APRIL 2009
Malam tadi baru terfikir apa yang cinta ceramahkan kepada saya dan terus klik fp.
Nak lepaskan perasaan/nak berkongsi cerita ini.
Memang benar apa yang diucapkan oleh cinta kepada saya.
Memang berlaku keajaiban kepada kami anak beranak seperti mana diucapkan oleh cinta.
Kadang-kadang saya tak faham bagaimana cinta boleh berfikir macam tu.
Benar, saya tak faham cara suami saya menerima takdir dari ALLAH.
Apatah lagi anak-anak saya.
Sebab itulah mengapa saya sangat________suami saya.
Saya tahu saya kan selamat dengannya.
Cinta dah tidur, teruk dia kemas rumah. Esok nak taruk cat baru di depan sana.

ALLAH TAHU


bersabar atas ujianNya Sat 25-Apr-2009 21:57
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 19-Apr-2009 15:04 Email | Share | | Bookmark
BERSAMA MERASAI

mcik YAM-KgPadang
APALAGI_____
cerita batu kristal entah bila akan jadi sejarah.
Saya hanya mengikut perkembangan fesyen terkini.
Kebetulan Padang Besar akan menjadi pitstop baru maka______
akan ranaplah kereta saya nanti dengan kristal yang berbagai rona.


Mengikut cinta meratah jalan yang berliku/berbukit bukau meredah hutan/semak
menyusur denai mencari saudara-mara bagi menjemput ke hari besar 6/6/2009 nanti.
Yang saya takjub ialah cinta saya mempunyai ingatan yg kuat terhadap 'geografi'/peta topo.Sekali dia jumpa akan ingat sampai mati.
Saudara maranya yang telah sekian lama tidak diziarahi dapat dicari juga walaupun di dalam
gelap malam.

Saya yang memang lemah dalam geog sangat kagum.
Apa yang dia nak cari pasti dapat/jumpa.
Jangan desak cinta saya.
AWAS.

DAH maghrib. Pokok tumbang, Selalu pegang tangan cinta semasa dia memandu.
Memang dia cekap memandu tetapi kena juga ingatkan dia kerana hanya dialah yang akan
menjaga saya nanti SELAMANYA.


INIlah alasannya mengapa kami berdua mencari saudara yang entah hidup atau mati.
JEMPUTAN PERKAHWINAN ANAKANDA SABIR AHMAD. Balik dari sekolah, rehat sat dan terus mencari________.
Quote:
[cinta suruh amik yang kosong tetapi cari tak jumpa.....]

[ DI ATAS ARAHAN CINTA-IMEJ INI TERPAKSA DIALIHKAN BAGI MENGELAKKAN DARI ORANG JAHAT ]

Esok nak pi ke BALING pulak____lepastu mungkin nak berendam di LEGONG HOT SPRING.
jommmmmm

banyak kee ilang gelang kristal akak Fri 24-Apr-2009 00:53
Posted by:zura
Add comment


Saturday, 28-Mar-2009 17:32 Email | Share | | Bookmark
malam/pagi AHAD

selamanya di hati
132am

Sedang proses beberapa alatan kenduri anakanda SABIR.
selalu camtu. Dah ngantuk baru pegang ltop.
Cari2 dlm folder cinta tak dak gambag YANG menarik.
Tadi Shiham kontek melalui skype pastuu line drop lak....
YM pword dah tidak dikenali oleh yahoo. Kena buat lain.
Cinta sedang usahakan.
Kat sini susah sikit sebab internet tak stabil.
Dah download pun tak sempat abis, kena cuba lagi.
Cinta akan cek dulu YM melihat mesej 'hampas' atau sesiapa yang tak dikenali.
Cinta berkata sekarang ini banyak manusia berwajah/perangai syaitan.
Dah tak kenal dosa pahala
........baik TUAN.

Arini duduk sorang kat sini sebab cinta pergi menyampaikan ceramah PHOTOSHOP di
SK kg Bandar. Dia pun tak tau tang mana sekolah tu....apa punya tak tentu kalu.
Tetapi cinta jarang gagal_____saya ingat tu.
Dia seorang yang gila dengan kerja sampai mak dia pun marah/rajuk kat dia.
Saya tunggu cinta pulang jam 300pm untk makan bersama...baru puas hati walaupun perut lapar gileeerrrrr

Adik kesayangan dia pernah tegur bila melihat mata cinta yang layu-tak bermaya.
Mata yang menunjukkan yang dia kurang tidur.
Memang punnnn.
Masuk tidur jam 200am biasa laaa.
500am dah bangun. Pernah saya set alarm hp cinta ke 600am, kena marah pulak.

Aiiii nak upload gambar apa haaahhh.



jadilah....


super cool entry
Sun 29-Mar-2009 08:10
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
marin balik penang kot sedim. Singgah ke UTawar, puas cari pekan dia tak dak pon. Jumpa SKUTawar naik pi ke rumah guru ternampak livina dan pintu bermangga.
Pi mana agaknya.

Ramai orang hadapi masalah tidur. Rasanya tak ada ubat tertentu.
Cuma akak kena temankan cinta akak tu selalu.
Suatu hari nanti dia akan sampai ke high limit dan pengsan.
Jagalah cinta akak.

Janji saya dah dikotakan.
Tue 31-Mar-2009 03:55
Posted by:norkiah penang
REPLY TO
mknace - YAAA memang saya 'cool' di sini. Tenang tanpa gangguan 'SYAITAN'.
Saya cuma ada suami dan tempat kerja.

norkiah penang - maafkan akak kerana tiada di rumah. Sian krn beriya2 nak kenal ngan akak. Akak dan suami sering keluar. Balik umah nak tidur dan rehat sahaja.
USAHA LAGI. Insya Allah akan berjumpa juga nanti.
Mon 13-Apr-2009 13:31
Posted by:kshah
Add comment


Tuesday, 17-Mar-2009 19:55 Email | Share | | Bookmark
KERJA BESAR menanti...

menantuku
Saya dan cinta telah mengusahakan hajat anak kedua.
Nampaknya suratan menyebelahi kami.
Urusan peminangan telah berlangsung dengan jayanya.
Kini anak saya telah sah bertunang dengan SITI NOR FAZILAH ABD RAZAK.
Orang FELDA MATA AYAQ, Padang Besar.
Nampaknya saya dan suami tercinta akan melangkah ke fasa 'asar'

Kepada ANAK2, sayangi pasangan kamu kelak seperti mana abah kamu yang
tidak pernah berhenti menyayangi mama.
Jadikan abah kamu sebagai role model - seorang lelaki yang berkarisma tinggi,
berpandangan jauh serta pemaaf kepada mama.
MAMA faham benar siapa abah kamu....selamanya.
ALLAH TAHU.....

19/3/3009 - tambahan
Saya ada cakap ngan cinta hati meminta diedit ke format stori book....
Saya tahu cinta tengah sibuk edit pengantin SUKA MENANTI.
Seperti biasa cinta tidak cepat memberi kata putus....
Alih2 dah buat pun...eishhhh eishhhh eishhh.
Kena buat rayuan lak minta di masukkan ke fp saya.....
Cinta kata kena isi borang...lulus dalam tempoh tiga hari......amboi





Majlis yang di kepalai oleh bapa sedare cinta sebelah ibunya HAJI ALWI.
Malangnya pak ngah dan cinta asik berebut mikrofon.....jangan mareeeee

kakak saya FARIDAH mai jauh dari BATU PAHAT.
.......tK kakcik.....


saya laa tu....tak abih lagi senyum nihhhhh.....


Najdah yang menjadi official fotographer dengan aksi yang________.
Adik kesayangan cinta saya. Juga mai jauh dari KULAI.


Selepas ini nak ke __________
nak beli_________

Quote:
nanti upload lagi sebab dah jam 410am tau dak


jurufoto : NAJDAH n4040 + HAJI ABDULLAH Nikon d40
editing : mestilah cinta sayaaaaaaaang

REPLY to
iladee-ok dah kenal RASILAH. Cinta berkata ' RASILAH TU BUDAK BAIK ' kelolo sikit/rajin kerja dengan PRA. Tq masuk fp akak.

NORKIAH - dulu ada belajar edit ngan suami tetapi lama dah tak masuk PSD terus segan. Apa susah sedut jeeeer dari fail cinta saya. Memula dulu dia jeling jugak tetapi karang dah tak marah.....pelawa lagi ada paaaa. Luv u NoRKIAH Penang.

CIKGU BARU - Aritu cinta aku dok macam tongkoi jadi ORANG BESAR2. Mata dia jelin kat fotographer yg guna kamera dia. Gambar buku utang kena tanya DOLAH + NAJDAH laaa. Jangan ganggu cinta aku.....amaran tau
Wed 25-Mar-2009 01:10
Posted by:mamashiham
haha...
album kustom angah 616" dah siap untuk dinilai/ditempah.
Tempahan melalui saya ahem... ahem...
RM100 C.O.D. atau
CIMB ___________________
BIMB ___________________

*stok terhad[edisi promo]

c4hir dok lena mengerohhhhhh.
cepatcepatcepat tempah....nanti c4hir jaga lak
Fri 27-Mar-2009 09:16
Posted by:mama angah
sis, cm na edit pict. coLouR two . . Fri 8-May-2009 02:43
Posted by:RIJAL rieydana@yahoo.com
View all 12 comments Add comment


Thursday, 5-Mar-2009 02:39 Email | Share | | Bookmark
BUNGA dan PEREMPUAN

 
anakku

Cinta pernah berkata "awat kalau tak beli bunga tak leh kaaa"
Cinta pernah berkata "macamana kalau tukar ke 'sculpture' lak".
Cinta hati saya memang kuat merapu, kekadang bagi idea seolah-olah saja nak bagi saya geram...

Kekadang nak tergelak kat cinta aku sorang nih....suka potong stim orang.
Isnin lalu ajak cinta ke A tu Z Bandar Sunway.
Dengar citer kengkawan kat situ ada kedai bunga macam one stop centre.....konon
Sungguh rupanya.....dok dalam tu 3 jam pibalikpibalikpibalik dok kelas bunga pa nak amik.
Cantik + banyak + beraneka......
Saya jeling kat cinta....muka dia tension abih....lucuuuuuu

Saya lak entah camana boleh lupa sakit lutut kalau masuk kedai camtu.
Macamlaaaa cinta yang sanggup berjam-jam di kedai foto......tui akkkkkk
Sat g masuk keta terus lena laaaaaaa.....sian cinta hatiku kena pederaih balik UT pulak.

hat yang nih awat tak mau jalan sekali.....penat oiii

2014 baru bulihs bincang sual kawin saya. umur 30 baru best sikit.. Mon 9-Mar-2009 14:25
Posted by:along sapik
EMM ZAI PUN BARU JER PI BORONG BRG2 NAK KENDURI ADEK ZAI JUMAAT LEPAS KAT ATUZ SEBARANG JAYA TU...
KENA JADI AHLI BARU DPT MURAH KIT HA...
Wed 18-Mar-2009 06:07
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
ya a2z bandar sunway mng murah betul Tue 12-May-2009 15:13
Posted by:noor
View all 6 comments Add comment


Friday, 27-Feb-2009 00:18 Email | Share | | Bookmark
dijemput ke BADANG

 
MENYOROK DULU apa-apa pon...
ini tempat cinta aku mengunyah maruku di petang hari.
pepagi giliran saya pulak....hehehehehe
sedap duduk tang nih. Pendekata apa yang cinta saya buat saya akan cuba. I luv u.
Kekadang duduk berdua sambil suap marukuuuuuu......


di sini masalah betui nak hubungi BOYAM di KRALUVe
sampai dia merajuk....
nakwat camna sebab memang tak dapat hubungi dia, line asik drop saja.
Puas kejan cinta saya sampai muka dia dah nak jadi HIJAU dahhhhhh.
Malam kelmarin saya ajak cinta pi dok tang tiang celcom Badang, Boyam tak online pulak....
Nanti dia kata saya tak mau cakap ngan dia pulak....


kena bawa wakil UT ke SKBang BADANG


sKUT panggil dia MEK NA





Quote:
imej dan edit sumbangan dari folder KUCINGUTAN.com[ biasa laaaa...cilokkkk]
dia pi bank pagi ni...apa lagi. Tak marah unyerrrrr.....

Apa la batu kristal plak. Aku nak pendedahan teknik meminang, penyusunan ayat2 yang digunakan dsbnya. Aku nak tengok bro mengayat camna.......Sb tu la lain kali kena ajak aku Fri 27-Feb-2009 06:21
Posted by:Cikgu Baru
reply to
cikgu baru - hang kena pi sama. Boleh tgk cinta aku 'ayat'kan mereka....
Laaa di tengah dok karang ayat, dah nak abih satu rim dah....aduuuuhhhhh
Fri 27-Feb-2009 07:20
Posted by:mamashiham
looo awat dok menyorok lagu tu. Cinta akak dan lagi dok petik kamera.
Eish dia sayang sungguh kamera dia dan isteri dia sampai sebarang aktiviti cinta dia rakam.

Jurulatih olahraga kaaa akak nihh...padan slimmmm selalu...
Mon 2-Mar-2009 00:21
Posted by:norkiah
Add comment


Wednesday, 18-Feb-2009 04:46 Email | Share | | Bookmark
PAdaNG besAR

 
Kekadang line di Utawar elok, tetapi tak lama...
Aritu pi ziarah satu keluarga di FELDA MATA AYAQ.
Ada urusan BESAR yang nak dipanjangkan.
Insya ALLAH akan sempurna jadinya....


Selepas tu apa lagi, ajak cinta meronda di PADANG BESAR yang terkenal sebagai tumpuan
kaum wanita.....


beli lahhh sikit-sikit...
tk cinta yang edit gambar ini. LUV U

oooo ini isteri mfouzi kaaaaa.
Pi borong apa di padang besar tu. Saya pun selalu bawa adik beradik
melilau di situ.
Tadi termasuk fp mfouzi. Kawan saya nikah di mergong dulu, dia jadi jurufoto.
Gambar klessss....
Wed 18-Feb-2009 22:27
Posted by:hana.asemadom
Oi p meminang tak ajak aku pun. Bawa dolah buat pa. Klu tak boleh aku singgah di SKFMA Thu 19-Feb-2009 04:45
Posted by:Cikgu Baru
reply to.....
hana-sayalah satu2nya isteri mfouzi....hahahahha
mf suruh tanya, sapa kawan hana tuh.....ramai pelanggan dia di mergong

cikgu baru-pi beli kristal nak ajak hang bok pa.
Hang punya cinta dok dalam dock lagi kannnnnnn.....
Thu 26-Feb-2009 11:22
Posted by:utwr tribe
Add comment


Sunday, 15-Feb-2009 01:14 Email | Share | | Bookmark
JALAN-JALAN...di SG KOB

 
Memang saya benar2 senang hati/fikiran di sini.
Terhindar dari sibuk/celaru....Fikiran hanya tertumpu kepada rumah+sekolah dan suami yang amat dicintai....
Sering berdoa kepada ALLAH supaya ketenangan ini akan menjadi milik kekal sehingga
akhir hayat....
Sering meminta izin dari cinta untuk bersolat taubat berseorangan setelah selesai jemaah waktu dengan cinta.


cilok dari ltop cinta....mana aci gambag saya tidak dipamerkan.


Kelmarin ajak cinta pi makan MEE KUAH kat SUNGAI KOB.
Singgah di HUTAN LIPUR ULU PAIP tengok-tengok apa ada di sana.....



Amad tak pernah tengok buah/bunga sena ini....



Quote:
pi laa makan mee kuah kat SG KOB, kedai depan CALTEX....sedap


ALLAH TAHU

jgn kata Ahmad, chekgu Sains pun tak pernah tengok....
tapi time explain kat budak mesti CAKAP BESAQ seolah-olah kita dah hidup dalam hutan 200 tahun!!!!
Wed 18-Feb-2009 06:40
Posted by:n1010
125/75 alhamdulillah ahmad, jerawat makin banyak nampak Thu 19-Feb-2009 07:55
Posted by:shihamseishu
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 05:03 Email | Share | | Bookmark
ALAH BISA TEGAL BIASA...

 
Duduk di UT nih segalanya slow.....
Ada faedahnya jugak seolah-olah memberi ruang yang banyak untuk berfikir.
Fikiran lebih tenang di sini bersama cinta hati.....

diberikan tugasan yang telah lama ditinggalkan.
BOLA JARING @ NETBALL.
Tugas yang sering dipukul oleh guru muda walhal saya sudah mencecah usia "EMAS".
Cinta suruh terima dulu, jangan cepat sangat menolak di tempat baru nih....
Cinta janji nak temankan.....JANJI TAU...




kononnya jurulatih

Kamera : pinjam....

nampak gaya macam kalah ja ma Mon 9-Feb-2009 09:52
Posted by:shihamseishu  - [Link]
WAH AKAK SEKRG DAH JADI ORG SEKITAR TU ARR DAH PANDAI G PASAR MLM LABU BESAR YG SERBA KEKURANGAN...DARI ZAI KECIL SAMPAI DAH KAWEN CAM GITU GAK HA...KALAU NAK JUMPA MEMBER2 SEK ZAI KE PASAR MLM TU ARR...PASAR MLM BADANG PUN APAP KURANGNYER...LAIN KALI SAMPAI SIMPANG 3BIKAN TU SINGGAH ARR UMAH ZAI TU HA..TP MAK DAN AYAH ZAI JER YG ADER..ZAI DOK KULIM... Tue 10-Feb-2009 07:13
Posted by:ZAI KULIM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Cikgu serba boleh lh katakan... Thu 12-Feb-2009 06:28
Posted by:Ex-Warden
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.